ANDAI SI MATI KEMBALI KE DUNIA

216 Views 0 Comment

Banyak juga yang saya baca tentang sedekah dan kebaikannya. Dan saya percaya, anda semua sedia maklum akan faedah yang Allah aturkan kepada mereka yang suka bersedekah. Oh ya, sedekah tidak hanya di dalam bentuk duit semata-mata. Artikel ini juga salah satu daripada bahan bacaan yang saya terima menerusi aplikasi What’sApp yang menjadi tular dan yang menariknya, di akhir tulisan ini turut menyarankan kita menyebarkan artikel begini sebagai salah satu cara bersedekah (betulkan niat).

Perkara yang baik, apa salahnya kita kongsi-kongsikan bersama. Ekoran daripada tularan ini, saya sendiri tidak mengenali siapa penulis sebenar maklumat ini dan berharap dia beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Semoga perkongsian ini menambahkan pahala buat dia dan kita semua sebagai satu daripada persediaan ke alam sana.

sedekah

Artikel ini dipetik daripada kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh oleh Al Imam Jalaluddin As-Suyuti yang berbicara tentang kematian dan amalan-amalan sedekah. Dia bertanyakan, andai kita telah mati dan kalaulah Allah memberi kita peluang sekali lagi untuk hidup semula dia atas muka bumi dan boleh melakukan satu amalan sahaja, apakah amalan yang akan kita buat?

Adakah solat? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa? Persoalan-persoalan ini amat menarik perhatian saya yang saya kira semuanya mendatangkan pahala. Pada perkiraan kasar saya, semuanya bermanfaat untuk kita mengenali Allah dan menjadi pasport besar untuk bertemuNya.

textgram_1499932957

Bagaimanapun menerusi kupasan kitab tersebut, SEDEKAH menjadi pilihan utama mereka yang andainya diberi peluang kedua. Jawapan-jawapan yang dikupas di bawah ini amat menyedarkan saya kebesaran amalan sedekah. Ini jawapannya kenapa si mati lebih memilih untuk bersedekah seandainya dia dikembalikan ke dunia.

Pertama
Sebagaimana firman Allah, “wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah…” – Surah al Munafiqun, ayat 10

Sedangkan dia tidak pun berkata: “Supaya aku dapat mengerjakan umrah” atau “supaya aku dapat bersolat” atau “supaya aku dapat berpuasa.” Seorang ulama berkata, “Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.”

Kedua
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Ketiga
Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap dapat kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

Keempat
Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

Kelima
Bersedekahlah, sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.

setelah-sering-sedekah-banyak-tawaran-pekerjaan-datang-padaku

Keenam
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah? Teruskan membaca…

1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga.

2. Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan.

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada Hari Kiamat dan melepaskannya daripada azab api neraka.

4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur.

5. Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di dalam kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah).

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa yang dapat menggandakan kebaikan.

7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di Hari Kiamat.

8. Sedekah menjadi pengaman daripada ketakutan pada hari huru-hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (Hari Kiamat).

textgram_1499932751

9. Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan.

10. Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya.

11. Orang yang bersedekah adalah orang yang terbaik dalam kalangan manusia.

12. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi).

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar.

14. Orang yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.

15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati.

17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

18. Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan.

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh.

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian.

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung.

Dan sebaik-baik sedekah sekarang ini ialah menyebarkan mesej ini dengan niat bersedekah.

0 Comments

Leave a Comment