‘CINTA’ YANG TERHALANG

600 Views 0 Comment

INI perkara biasa. Idea tiba-tiba hilang atau tiada idea langsung untuk menulis. Sebagai orang media sebelum ini, saya melaluinya bukan sekali. Walaupun sudah ada bahan di tangan (hasil daripada temubual personaliti atau bahan yang dikumpulkan), halangan penulis ini tetap mendatang. Bukan pelik!
.
Ketika menghasilkan novel Yuya Yuya yang sedang di dalam proses percetakan sekarang (Oktober 2016), beberapa kali perkara ini berlaku. Idea tersangkut entah ke mana sehingga ada ketika membuatkan saya putus asa untuk meneruskan tarian jari di atas keypad. Bagaimanapun writer’s block tidak ‘berapa’ mengganggu saya ketika menyiapkan biografi Datuk Ahmad Nawab dan Fizo Omar tidak lama dulu. Alhamdulillah.

Antara keypad yang saya gunakan.

Antara keypad yang saya gunakan.

Sebab itu saya katakan pelik. Kalau diikutkan saya yang saban hari menulis cerita tentang manusia di Harian Metro dulu, pastinya akan lancar penulisan saya. Namun Tuhan tidak bagi semudah itu dan saya anggap ianya sekadar ujian. Sebab saya tahu, idea yang tidak datang pada waktu yang saya kehendaki itu sebenarnya akan lebih bernilai jika ianya tiba ketika masa yang sesuai.
.
Pernahkah anda menulis (dalam hal ini, menaip di depan laptop atau komputer) panjang lebar dengan ayat yang begitu membuatkan anda tersenyum bangga dan berpuas hati tetapi tiba-tiba HILANG? Sama ada hilang kerana tidak sempat ‘save’ sebab terlalu asyik menyelami penceritaan yang dikarang atau pun gajet anda buat hal. Ploop! Hilang begitu saja.
.
Saya pernah dan banyak kali. Frust? Sudah tentu dan selalunya terjadi akibat daripada gajet demam. Terutama ketika menyiapkan novel Yuya Yuya menggunakan iPad (generasi pertama) yang mungkin pada saya, sudah tiba masa ajalnya (tetapi masih pula boleh dipakai hingga sekarang sebab tidak demam selepas Yuya Yuya siap, hmmmmm). Untuk menyiapkan separuh lagi, saya menggunakan laptop. Lebih lancar walaupun keypadnya tidak sesedap jari mengetuk.

writers-block-is-not-the-problemItu bukan ceritanya. Apa yang nak saya katakan di sini, apabila HILANG terjadi, dalam kecewa itu saya akan menarik nafas panjang-panjang agar kecewa itu tidak berterusan. Saya set di dalam kepala dengan apa yang terjadi itu sebenarnya ada hikmahnya dan Tuhan akan memberi yang lebih baik. Alhamdulillah keyakinan itu yang membuatkan saya semakin lancar menyiapkan novel Yuya Yuya setebal 480 muka surat.
.
Topik ‘halangan penulis’ ini saya bawakan di sini selepas melihatkan beberapa bakal penulis saya yang seolah-olah berdepan dengan masalah tersebut. Biarpun saya telah menyediakan outline bab demi bab dan keseluruhan penceritaan ketika perbincangan tetapi nampaknya masih ada sekatan di situ apabila mereka berseorangan cuba memulakan penulisan.
.
Menerusi pengalaman juga, saya cuba mencari punca berlakunya writer’s block dalam kalangan bakal penulis untuk Yuya Yuya Publications PLT.
.
Pertama saya boleh simpulkan sebagai TAKUT yakni bimbang tidak akan mencapai apa yang penerbit inginkan (dalam hal ini, saya lah… hahaha). Masalahnya, mula pun belum tetapi berfikir yang bukan-bukan. Takut sebelum buat, habis itu bila nak mulanya?

20161003_181652Kedua, TAKUT juga, takut orang kata apa pula tentang tulisan dia. Takut cerita tidak sedap dan menepati piawaian pasaran. Memanglah kita perlu juga mengambil kira tentang pasaran tetapi secara peribadi saya jenis yang menulis mengikut naluri saya yang sukakan sesuatu yang baru. Kalau mahu ikut pasaran yang sedia ada, tentunya kita akan bersaing dengan ratusan genre. Takkan kita masih menyambung legasi ‘suami ku itu suami mu ini’ atau ‘abang polis garilah cinta aku’. Rasanya cukup yang dah ada.

overcoming-writers-block-an-interview-with-bryan-hutchinsonKepada bakal penulis Yuya Yuya Publications PLT, saya menerangkan cara penulisan saya yang menjuruskan kepada gaya kewartawanan yang saya gelarkan sebagai FIKSYEN JURNALISME (Jounalisme Fiction). Bukan mengajar menjadi wartawan tetapi gaya penulisan itu boleh saya bentuk (insyaAllah) buat mereka yang ingin berkongsi pengetahuan.
.
Yang ketiga, ada situasi yang anda fikir ‘terlalu banyak idea tetapi satu pun tidak boleh pakai’. Sebenarnya setiap idea tetap ada tarikannya, cuma perlu tahu mana nak letak dan dikembangkan.
.
Pernah juga saya tersangkut (stuck) di tengah-tengah (faktor keempat) apabila mati kutu untuk mengembangkannya. Jangan ikut cara saya yang ini. Sebelum ada Yuya Yuya, saya ada dua lagi cerita yang kononnya untuk dinovelkan tetapi apabila sampai di persimpangan, saya terhalang. Ini benar-benar writer’s block. Sama juga dengan seorang rakan artis saya yang dulunya mahu menulis novel tetapi bila stuck, dia terus tukar cerita lain. Begitulah berulang-ulang menukar cerita dan karakter, dan sehingga sekarang (selepas beberapa tahun) dia masih belum ada sebuah novel pun yang ditulis sendiri.
writersblock_angle_1024x1024Yang kelima pada perkiraan saya ialah tiada paksaan atau push factor untuk membuatkan seseorang itu menulis dengan lebih gigih. Sebab mereka sudah ada sokongan kewangan lain yang lebih selesa dan menganggap penulisan novel ini sebagai hobi semata-mata. Silap besar yer! Sebab itu, bakal penulis-penulis yang telah menemui saya, saya tekankan soal ini terutama tentang deadline yakni tarikh mati yang harus mereka siapkan tugasan yang diberi.
.
Baik ghost writer mahupun penulis itu sendiri, saya tetap memberi hala tuju serta masa yang harus mereka patuhi. Bayangkan kalau mereka ingin menulis tetapi saya biarkan dengan kelonggaran masa, rasa-rasanya setahun dua belum tentu siap. Sebagai seorang penulis, anda perlu ada DISIPLIN itu dan menjadi tanggungjawab saya untuk ‘mengejar dengan rotan’ bagi mencapai apa yang telah dipersetujui. Alhamdulillah, ada yang memahami.
.
DISIPLIN ini juga (yang ketujuh) berkaitan dengan tabiat kerapatan anda dengan gajet dan alat elektronik sekeliling anda. Telefon musuh paling utama anda ketika menulis. Distraction atau gangguan yang disebabkan telefon sangat kritikal. Saya bercakap berdasarkan pengalaman (sekejap sekejap tengok Facebook, Instagram dan sebagainya). Pantang notification berbunyi, terus dicapai telefon. Saya selalunya meletakkan jauh daripada meja bekerja.

4815205632_632ee48a71_bMemang android atau IOS itu sangat penting terutama bahan untuk melengkapkan penulisan tetapi kalau anda tidak berdisiplin, percayalah gangguan itu akan menghantui anda dan akan menggagalkan anda untuk menyiapkan buku malah satu bab pun belum tentu.
.
Begitu juga dengan televisyen. Malas saya nak terangkan lebih terperinci, anda fikirlah sendiri.
.
Namun paling besar yang saya temui itu adalah SUKA BERALASAN. Banyak sangat itu ini! (Saya lalui saat ini hingga sekarang tetapi anda perlu tahu menguruskannya).

writers-block-3Semua ini yang pernah saya lalui ketika dan faktor yang menyebabkan writer’s block. Bagaimanapun saya percaya, lain orang lain pengalamannya dan lain pemahamannya tentang halangan penulis ini. Anda boleh saja Google tentang writer’s block untuk mengetahuinya lebih mendalam.
.
.

**Anggap saja writer’s block bukan halangan tetapi cabaran untuk kita menulis lebih tekun dan kreatif.

0 Comments

Leave a Comment