MOLEK CARA PAK NIL

419 Views 1 Comment

Nah sekarang Pak Nil dah pecah rahsia awet mudanya. 54 tahun, wajah maintain gebu gebas. Selama ini ada juga sora-sora sumbangsih kata Pak Nil cucuk muka untuk kulit tegang, kasi nampak muda belia. Hallooo!

Baru-baru ni Pak Nil dah launched produk sendiri yang dah 2 tahun dia try and adjust. Try mana yang sesuai dengan kulit dia dan adjust mana yang patut diupgrade. Sekarang dah ada Anell by Aznil Nawawi – lengkap dengan 4 proses rutin penjagaan yang dia selalu buat. Ada sabun pencuci muka, penyegar, krim pelembab siang dan malam.

image-3

Pak Nil camna pun bukan sorang-sorang dalam bisnes Anell ni. Ada rakan kongsi, Puan Aisyah Nik Jaafar yang bantu Pak Nil untuk menghasilkan rumusan terbaik.

 

“Keistimewaannya berbanding produk lain di pasaran, ia telah lulus ujian makmal serta mendapat kelulusan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Ini bermakna pengguna tidak perlu gusar menggunakan produk ini kerana ia disahkan selamat dan bebas kesan sampingan” kata Aisyah.

Kelebihan Anell lebih kurang begini – dapat mencerahkan warna kulit wajah, mengatasi masalah kulit wajah, mengembalikan keanjalan kulit dan melewatkan proses penuaan.

Kata Pak Nil: “Tentunya saya mencuba dahulu produk ini untuk mengetahui keberkesanannya agar peminat dapat berkongsi rahsia penjagaan wajah saya yang sebenar.” Katanya la kan!

image

Pak Nil juga berharap, Anell dijadikan permulaan untuknya start berniaga. Lepas ni, akan ada rangkaian produk kesihatan dan kecantikan yang lain pula menyusul di bawah jenama yang sama.

 

***Psssst: Suka jer tengok artis pakat bisnes ni. Rugi kalau mereka tak guna peluang yang ada, tengah nama meletup, buat apa saja, orang akan ikut. Tapi dalam ghairah nak bisnes pun, jangan buat produk ala kadar, esok lusa nama korang juga yang tercalar. Pastu takkan orang nak percaya dah barangan korang, silap-silap barangan atas brand ‘artis’ lain pun orang akan block. Tengok macam Pak Nil, buat R&D dulu sebelum keluarkan produk. Tau?

1 Comments

Leave a Comment