MUDAH BUKAN SENANG

425 Views 0 Comment

SIDANG Media antara medium gergasi yang layak digunakan untuk memperkenal serta memperkukuhkan penjenamaan seseorang atau sesebuah syarikat. Mendapat liputan media terutama dari arus perdana amat penting buat mereka kerana pemberian ruang begini di dalam setiap publikasi, bagaikan sebuah cop mohor yang dipandang besar dalam kalangan masyarakat.

20161102_114640_resized
Selama berselimutkan tanggungjawab sebagai wartawan dan editor sebelum ini, saya telah lalui pelbagai pengalaman bersidang media ini. Hiburan usah dicakap kerana itu bidang utama saya yang turut membawa saya ke merata dunia menyaksikan kepelbagaian orang setempat mengendalikan sidang media ini. Malah saya juga turut diajak ke sidang media berkaitan fesyen, makanan, sukan dan pernah ke general desk. .
.
Perbezaan tidaklah banyak untuk dibandingkan cara ‘omputih’ lakukan di New York atau London tetapi saya tetap mahu katakan yang mereka sangat profesional serta tegas dalam ketepatan waktu.
.
Bukan itu yang saya ingin kongsikan dalam artikel ini. Sebaliknya mahu bercerita tentang pengalaman lalu itu telah mematangkan saya untuk mengendalikan sidang media atau press conference sendiri. Mulanya saya keberatan untuk menguruskan sidang media bagi mana-mana syarikat yang mahukan pendedahan kepada masyarakat tetapi saya terpaksa ‘mengalah’ apabila memikirkan ‘kepakaran’ yang ada itu harus digunakan sebaik mungkin.
20161102_114621_resized
Saya akui ‘bukan mudah tetapi senang’.
.
Bagi saya (insyaAllah) mudah untuk saya aturkan perjalanan sesebuah sidang media tetapi agak payah untuk saya memuaskan hati setiap client. Bukan bermakna mereka cerewet tetapi saya sendiri yang ingin memastikan rakan media yang dijemput berada di dalam majlis itu. Dalam masa yang sama, saya sangat menghormati keutamaan setiap wakil media (kerana saya pernah berada di tempat mereka) untuk memilih bahan terbaik bagi penulisan mereka. Sekiranya mereka berasakan apa yang kita tawarkan di dalam sidang media itu tidak sesuai dengan mereka, mereka tetap berhak untuk berkata TIDAK HADIR ke majlis kita.
.
Sebagai orang yang bertanggungjawab, saya akan berasa kecewa tetapi tidak boleh ‘angin’ kerana kita tidak boleh memaksa setiap wartawan untuk hadir ke majlis kita. Dalam sehari, berbelas sidang media yang diadakan dan mereka akan memilih yang terbaik untuk penerbitan mereka.
.
20161102_114535_resized
Hal ini saya sering kongsikan dengan bakal client sebelum mereka bersetuju untuk menggunakan khidmat saya. Saya tidak mahu mereka meletakkan harapan terlalu tinggi tetapi akan kecewa apabila tidak kesampaian. Sebagai orang yang bertanggungjawab juga, saya dan team saya akan memastikan yang terbaik untuk client. Seperti yang saya lakukan pada Rabu lalu (2 November 2016) untuk Wasima Wafa Sdn Bhd yang mengadakan sidang media KEMPEN SOLUSI LUTUT AMANI.
.
Saya bernasib baik apabila pengasas Wasima Wafa, Tuan Leo Adi Putra sangat memahami (saya juga memilih dengan siapa yang mudah untuk saya berurusan). Beliau sangat terbuka dalam hal ini dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya menjayakan sidang media. Ini memudahkan saya mengatur perancangan.
.
20161102_114524_resized
Saya turut menyediakan kenyataan akhbar/ press statement untuk memudahkan rujukan teman media saya. Insyaallah saya boleh kongsikan pula tentang press statement di dalam artikel lain tetapi saya satukan di sini contoh ringkas kenyataan akhbar bagi KEMPEN SOLUSI LUTUT AMANI.
 .
KENYATAAN AKHBAR
 
KUALA LUMPUR, 2 Nov 2016: Menyedari masalah penjagaan lutut tidak diberi perhatian berat dalam kalangan masyarakat hari ini, syarikat pengeluar produk kesihatan, WASIMA WAFA SDN BHD dengan kerjasama pakar Sendi Tulang dan Pengurusan Stres, Dr Shahnun Azmi mengadakan kempen kesedaran penjagaan lutut yang dinamakan SOLUSI LUTUT AMANI.
 
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Wasima Wafa yang juga pengasas gel AMANI, Leo Adi Putra, ramai yang memandang ringan terhadap kesihatan lutut dan sendi, sedangkan ianya amat penting sebagaimana penjagaan kepada anggota badan manusia yang lain.
 
“Dalam proses memberi kesedaran ini, saya melihat kempen SOLUSI LUTUT AMANI sebagai usaha meningkatkan produktiviti modal insan setiap daripada kita semua. Bayangkan kalau seorang guru yang tidak dapat bergerak dan terpaksa mengambil cuti gara-gara sakit lutut atau sendi, siapakah yang akan mengajar murid atau pelajar sekolah?
 
“Begitu juga dengan anda semua, mungkin kita tidak akan dapat bertemu hari ini kalau salah daripada kita mengalami masalah lutut. Nampak mudah sebagaimana ramai yang ambil mudah dengan kesihatan lutut dan sendi tetapi sekali anda terkena serangan ini, ianya bukan boleh diubati sehari dua. Silap haribulan, perlu dimasukkan ke hospital dan ianya akan melibatkan kos lagi,” kata Leo Adi Putra.
.
Beliau yang berpengalaman luas dalam perniagaan produk kesihatan ini berasa bertanggungjawab untuk memberi kesedaran terhadap kepentingan penjagaan lutut dan sendi kerana sakit ini mampu membantutkan peningkatan produktiviti modal insan.
 
Manakala Dr Shahnun Azmi pula akan berkongsi pengalamannya sebagai pakar Sendi Tulang dan Pengurusan Stres. Bukan itu sahaja, Pengarah dan Pengasas Klinik Dr Shahnun Azmi ini juga pakar di dalam pengurusan berat badan.
 
Wasima Wafa Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pengeluar produk kesihatan jenama AMANI yang telah beroperasi selama 3 tahun dan telah berjaya membantu lebih 350,000 orang di dalam penjagaan kesihatan lutut.
 
Kepakaran Wasima Wafa adalah membantu mendidik dan memberi kesedaran  kepada masyarakat tentang penjagaan kesihatan lutut supaya mereka dapat menjalani aktiviti harian dengan penuh keceriaan dan gembira di samping menunaikan ibadat dengan penuh kesempurnaan.
 
Masalahnya ialah ramai orang di luar sana yang tidak tahu apakah amalan hidup dan pemakanan sihat untuk menjaga kesihatan lutut mereka. Sehingga pada satu tahap umur, mereka mengalami masalah sakit lutut dan mereka menjadi panik dan tidak tahu apakah langkah-langkah atau rawatan pilihan yang ada untuk menyelesaikan masalah sakit lutut mereka.
 
“Oleh itu, kami di Wasima Wafa Sdn Bhd mengambil inisiatif untuk membantu, mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana dengan memberi ebook, video, info, khidmat nasihat dan pemeriksaan secara percuma melalui kempen-kempen yang kami jalankan di seluruh negara.
 
“Ambil peluang ini dan mulakan langkah pertama anda dengan memuat turun ebook SOLUSI LUTUT AMANI kami yang terbaru ini,” kata Leo Adi Putra ketika sidang media SOLUSI LUTUT AMANI di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
 .
20161102_122726_resized

Bersama Redzwan Shujauddin dari Wasima Wafa (kanan sekali) serta orang kuat ESQ (Pak Firdaus dan Pak Andi).

0 Comments

Leave a Comment