PERGINYA PERADABAN ISLAM – SEVILLE

126 Views 0 Comment

Pertama kali menjejak kaki di bumi Sepanyol, membawa 1001 cerita dan kenangan. Mungkin lain orang lain pandangan tetapi saya juga tidak ketinggalan, membuka kepala dan mata tentang kebesaran ciptaan Tuhan. Dan cerita Sepanyol bertambah indah apabila ia pernah dijajah oleh pemerintah Islam selama lebih 700 tahun dan peninggalannya masih kekal dan dikekalkan hingga hari ini.

Saya ke Madrid tanggal 9 November 2017, kemudian ke Cordoba sebelum ke Granada, Seville dan mengakhiri perjalanan ke Barcelona. Suhu antara 6 hingga 15 darjah Selsius melengkapkan keseronokan berada di bumi cantik ini. Saya kongsikan dulu pengalaman di Seville yang saya rasakan antara lokasi paling menarik di Sepanyol dan mungkin boleh diambilkira andai terasa ingin berhijrah. Kalau…. Soal makan, tiada masalah besar. Makanan halal banyak terutama yang didatangkan oleh migran-migran Tanah Arab, Maghribi dan Pakistan. Pilih saja, jangan cerewet bila berada di tempat orang.

Tidak seperti ketika menggalas tugas sebagai wartawan di Harian Metro, artikel saya kali ini lebih kepada perkongsian wajah-wajah Seville menerusi rakaman lensa Samsung S6 Edge saja. Orang kata, gambar mempunyai lebih banyak cerita daripada kata-kata dan saya lebih suka membiarkan gambar-gambar ini bercerita. Kadang-kadang terselit kecewa melihat perginya kerajaan Islam di sini namun tetap bersyukur kerana mereka masih membenarkan sejarah Islam itu dilihat generasi hari ini.


Alcazar of Seville atau dalam bahasa Sepanyol, Reales Alcazares de Seville adalah istana diraja yang dibangunkan raja-raja Islam Moorish. Istana ini dikatakan antara yang binaan tercantik di Sepanyol dan dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Unesco pada 1987. Saya difahamkan yang istana ini pernah menjadi lokasi filem-filem termasuk Lawrence of Arabia, Reds, 1942: The Conquest of Paradise dan Kingdom of Heaven.



Saya tiba di Seville dengan bas dari Granada dan berdekatan stesen bas, terletak stesen tram yang membawa saya ke perhentian San Bernardo. Naik tram tak sampai 10 minit tetapi laluannya membelah keindahan bangunan lama terutama kawasan Giralda, sebuah menara loceng Seville Cathedral. Menara ini juga dibina ketika zaman Islam Moorish dengan penampilan arkitektur gothik. Sangat cantik. Turun dari tram, terus saja berjalan kaki menikmati budaya, hidup dan sejarah warga Seville.

0 Comments

Leave a Comment