TAK PERLU TELANJANG

7801 Views 0 Comment

Banyak cerita di sekeliling kita yang boleh dijadikan iktibar dan inspirasi termasuk kisah remaja berusia 19 tahun ini. Halima Aden menjadi sebutan bukan sahaja di atas pentas peragaan bahkan dunia Islam yang melihatnya sebagai simbol keberanian baru.

Halima yang berasal dari kem pelarian Bangsa-bangsa Bersatu di Kenya membuktikan hijab atau bertudung bukan halangan besar untuknya berkongsi ruang di dalam dunia modeling antarabangsa. Ini suatu tamparan buat wanita-wanita terutama Islam yang terpaksa melucutkan pakaian kononnya demi memenuhi tuntutan kerjaya glamor itu.

Halima-Aden-Allure-Magazine-July-2017-Cover-Editorial03Artikel tentang Halima saya baca menerusi artikel agensi berita Reuters yang disiarkan Straits Times Singapore hujung minggu lalu, sangat membuka kepala saya tentang dunia runway di barat sebenarnya tidak menghalang hijab asalkan bakat dan rupa yang unik. Sedangkan belasan model lain mengerbangkan rambut mereka, Halima anggun dengan litupan kepalanya.

Sehingga kini, Halima yang berasal dari Somalia sudah berjalan di atas pentas peragaan di Milan, New York selain memikat jenama-jenama antarabangsa untuk disarungkan produk mereka. Malah pelajar ini terpilih menjadi gadis kulit sampul majalah (cover girl) untuk beberapa penerbitan termasuk Allure, Glamour US dan Vogue Arabia.

Setahun lalu, Denise Wallace yakni orang kuat pertandingan ratu cantik Miss Minnesota, menerima panggilan daripada Halima untuk sama bertanding tetapi dengan memakai hijab. Apabila Wallace melihat gambar Halima, terus sahaja dia bersetuju.

Keunikan dan kecantikan wajah Halima tersendiri, ditambah pula dengan latar ceritanya yang menarik hingga mempercepatkan populariti gadis itu.
halima-aden-vogue-hijab-2-6-2-17
“Saya memakai hijab setiap hari. Penampilan imej Muslimah yang banyak menutup bahagian tubuh ini membolehkan saya dipandang dari perspektif berbeza dan bukan penampilan semata-mata,” katanya yang bernaung di bawah agensi model terkenal, IMG sebumbung dengan supermodel Kate Moss.

Halima lahir di Kakuma, lokasi kem pelarian tersebut dan dibawa ke Amerika Syarikat pada usia 7 tahun dan membesar di St Louis.

“Di Kakuma, saya melihat orang berbeza daripada pelarian berbeza yang datangnya dari Afrika bersatu di sana dan di sanalah juga kami menemui kesamaan kami,” katanya yang berhasrat untuk kembali ke kem itu untuk membantu anak-anak pelarian.

0 Comments

Leave a Comment