TERBAKAR BEB!

322 Views 0 Comment

Macam-macam nama bisnes. Berjenis-jenis. Kadang-kadang tak pernah terfikir. Bayangkan seorang kakak (50++), bisnesnya angkat bangkai kapal terbang terhempas. Ada orang muda (24++) uruskan metal scrap, macam jual besi timbang kilo ke Vietnam daripada badan kapal laut yang dah menopaus.

Selama ini aku ingat, orang yang datang belajar dengan Dr Azizan Osman cuma dimonopoli geng bisnes online. Tudung, jubah, skin care, perfume dan bla-bla-bla yang local made. Memanglah golongan ini masih ramai yang masuk kelas. Tapi yang aku nak share kat sini ialah pasal kepala aku makin terbuka tentang dunia bisnes – maksudnya, dari sekecil hingga yang besar gedabak macam kapal tu pun datang berguru dengan Dr Azizan. Yang best, sama guru dengan aku (hahahaha). Cuma yang tak best, aku belum ada bisnes besar macam mereka. Takpe, kurang-kurangnya berada dalam circle ni.

Actually aku tak terlintas nak jumpa guru besar aku ni. Biasalah bunyi macam seminar atau ‘kursus’, selalu buat aku turn off. Tapi sebab 2014, aku buat bisnes jual baju Melayu dengan brand GUMBEKUALALUMPUR. Macam best bila bermodal RM1,500, hujung tahun tu nilai bisnes tu naik lebih kurang RM40,000. Tapi kejap aje mentari cerah tu, pastu kian gelap. Mulalah meraba hingga terpaksa serah diri kepada Dr Azizan. Pergi jer, dari SKPD (Januari), IMKK (Februari) hingga RKMJ (April 2015). Mahal juga la bayar (nanti aku citer camna berbaloinya walaupun bayar ribu riban tu).  Dia suruh menari, berdiri atas kerusi, say I dan apa saja, aku ikut jer. Mulanya malu juga tapi buang ego. Kau dah datang nak belajar kan? Bayar mahal-mahal, belajar lah. Jangan banyak songeh. Selalunya aku duduk depan (selalu berebut nak duduk depan sekali, bukan nak Dr Azizan nampak tapi aku nak ilmu pertama sampai).

Biasanya selepas Dr Azizan sprinkle ‘air liur’, banyak bisnes masing-masing akan booming yang di luar jangkaan. Macam sorang budak 19 tahun dari Melaka, jual cookies jer uolsss…. Dah ‘nangis’ sebab tak menang tangan nak handle. Aku plak yang terbakar. Tapi budak tu, bukan saja join IMKK, malah masuk MMM untuk mantapkan lagi marketing.

Tapi ramai jugak yang tak mahu masuk kelas cenggini. Kalau masuk pun, sekerat hari jer. Pastu lesap. Ada ler sebab asbabnya tapi bagi aku, ini antara puncanya:

1.   Ego masih menebal (bukan laki jer tau)

2.   Fikiran belum terbuka

3.   Pot pet pot pet biawak dalam kepala bertarbiah

4.   Perasan dah pandai sangat (walaupun)

5.   Malas pun sama (takde ubat)

6.   Tak yakin diri boleh buat (kesian kat diri dia)

7.   Sceptical kut!

8.   Nanti lah, lain kali lah (bertangguh kan the best profession)

9.   Alasan bertimbun

10. Ada tukang cucuk (bukan kecil-kecil anak batang jarum tu)

11.  Malu (nanti orang kata, ehhh pergi kursus??)

Apapun jua punca dan alasan, masing-masing punya hidup. Kitakan ada pilihan, nak tak nak jer.

0 Comments

Leave a Comment