16 FAKTA TULAR SI FATTAH AMIN

4481 Views 1 Comment

Saya cuba berdiam. Lari daripada hiruk-pikuk kisah tular buku Fattah Amin. Saya cuba untuk tidak terlibat di dalam media sosial. Kebetulan ternampak banyak status yang mengecam kehadiran 99 Kata-Kata Fattah Amin. Macam-macam yang diungkitkan. Harganya mahal, isi banyak gambar swafoto, teks pula kebanyakannya hasil kuotasi pelakon itu yang dipetik dari laman sosialnya dan paling ‘kelakar’ apabila impian lelaki ini untuk valet kereta di KLCC dimain-mainkan. Lalu tular setular-tularnya.

Ketika isu ini tercetus, saya sedang menyudahkan artikel SEKALI MELANGKAH, SELAMANYA MENGEKOR. Tentang harga sebuah populariti. Dan saya melihat topik itu secara kebetulan ada kena mengena walaupun sipi-sipi.
.
20170215_231204
Bagaimanapun apa yang membuatkan saya ‘berubah fikir’ untuk kembali berkata tentang kelahiran buku kuotasi Fattah Amin ini adalah atas dasar seorang penerbit buku, penulis dan bekas editor hiburan di Harian Metro. Mungkin ada puak yang tidak bersetuju tetapi itu hak masing-masing seperti mana mereka yang memberi reaksi terhadap buku Fattah tersebut. Saya senaraikan apa yang terlintas saat tularnya buku itu.
.
1. Nyata dunia perbukuan Melayu di Malaysia meledak dan diperkatakan apabila terkait dengan dunia selebriti popular. Seriusnya, pasaran buku di Malaysia semakin perlahan dan sampai bila kita nak dilambakkan dengan novel-novel percintaan dua tiga darjat?
.
2. Buku ini boleh dikategorikan sebagai ‘BRAIN SPEAKING’, kerana sesebuah buku tidak semestinya bertulis panjang. Kalau difikirkan, lebih kurang sama nenek moyang kita yang berkata-kata pendek yang kemudiannya menjadi peribahasa yang diguna pakai hari ini. Opss! Jangan disalahertikan.
.
3. Sebagai penerbit buku, mereka melihat potensi pasaran yang ada pada Fattah Amin. Orang bisnes sudah tentu melihat dari segi keuntungan dan sebagai selebriti, Fattah nampak ini sebagai penguat portfolionya sebagai anak seni. Cuba kira, berapa ramai artis yang tulis buku walaupun lebih 15 tahun berada di depan kamera?
.
20170215_230808
4. Sekurang-kurangnya Fattah Amin berani untuk menulis atau muncul dengan naskhah berbentuk buku. Saya suka perkembangan ini.
.
5. Walaupun sekadar kata-kata termasuk yang menyifatnya ‘kelakar’, buku tetap buku yang mempunyai nilai pengajarannya. Waima satu mukasurat atau sepatah perkataan.
.
6. Mahal sesebuah naskhah bukan hanya kerana kos percetakan dan segala persediaan penerbitan buku tetapi disebabkan tokoh. Dan di sini, Fattah adalah tokohnya. Namun buku ini dikatakan mahal kerana kualitinya biarpun perkataan KUALITI itu tergolong di dalam SUBJEKTIF.
.
7. Bukan tiada di pasaran Malaysia buku yang memuatkan kuotasi atau kata-kata ini namun tidak sepopular yang diperkatakan tentang buku Fattah Amin ini. Kebanyakan yang ada di rak-rak kedai buku utama adalah mereka dari dunia bisnes dan motivasi.
.
8. Fattah Amin juga bukan artis pertama yang menulis buku. Datuk Rosyam Nor dan Nurul Wahab juga punya gelaran PENULIS.
.
9. Tidak semua mampu menghadami isi kandungan buku sebegini tetapi saya percaya, akan ada mereka yang terinspirasi. Biarpun ‘menjual’ gambar, buku ini telah mencipta sejarah tersendiri sebagai ganti poster atau ‘pin-up’ artis yang menjadi selitan majalah hiburan sebelum ini.
.
10. Pastinya peminat Fattah akan memiliki sekurang-kurangnya sebuah seorang sebagai kenangan daripada artis pujaan mereka. Ini ‘collector item.’
.
20170215_230907
.
11. Pelajaran di sini, usah menyekat atau membunuh kreativiti orang lain.
.
12. Mana tahu selepas ini artis-artis lain terinspirasi dengan kisah tular ini untuk mengikut jejak yang sama.
.
13. Tidak kurang juga berduyun artis dihampiri penerbit buku untuk menghasilkan buku pula. 
.
14. Selebriti harus menerima segala bentuk kritikan dengan penuh keterbukaan.
.
20170215_230744
15. Selalunya di dalam dunia kewartawanan, sering terdengar istilah ‘there is no such thing as bad publicity’ atau ‘bad publicity is a good publicity’. Dalam kes buku Fattah Amin ini, saya melihatnya sebagai ‘bad publicity is a very good publicity’. 
.
16. Publisiti percuma oleh warga netizen memudahkan kerja-kerja pemasaran dilakukan oleh pihak Fattah dan penerbit. Mereka tidak memerlukan kos tambahan untuk beli iklan di Facebook atau Instagram.
.
Bagaimanapun semua yang diaturkan di atas ini hanya daripada pandangan peribadi saya. Diulang, pandangan peribadi! Lain orang lain ragam dan rasanya. Saya hormati setiap pandangan yang diberi.
**Foto diambil daripada Google
1 Comments
  • soesana

    Reply

    Well said..

Leave a Comment