HANTU DAN BAYANGAN (Part 1)

415 Views 1 Comment

SELEPAS beberapa kali mencuba termasuk berkempen di Facebook Ads, menerusi syarikat penerbitan YUYA YUYA PUBLICATIONS, saya dapati kesukaran untuk mencari GHOST WRITER, waima penulis muda yang berminat di dalam penulisan terutama novel atau karya bukan fiksyen. Mungkin cara pencarian itu salah (lokasi dan sasaran usia) tetapi rasanya tidak 100% salah kerana masih ada yang memberi respon positif.

 ghostwriter-logo
Di sini saya mengumpul beberapa kesimpulan daripada usaha saya itu:
*
PERTAMA: Mereka tidak mengerti apa yang dimaksudkan GHOST WRITER. Bagi mereka, GHOST WRITER adalah penulis kisah-kisah seram, puaka dan segala bentuk yang membabitkan jembalang yang akan berperang dengan Mak Esah Hitam atau berlawan dengan ustaz ulama macam dalam filem Munafik. Itu pandangan pertama mereka apabila ditujah dengan perkataan GHOST WRITER tetapi jangan tertawakan mereka. Mereka juga orang baru yang ingin belajar.
*
KEDUA: Saya sedar, peranan GHOST WRITERsebenarnya tidak begitu ditonjolkan di dalam masyarakat kita. Memang saya akui kewujudan profesion ini kerana saya pernah menghasilkan beberapa buku dan artikel yang tidak tertulis nama saya selaku penulisnya. Yup, saya pernah jadi GHOST WRITER. Bagaimanapun dalam kalangan masyarakat Barat, terutama di dalam dunia politik, perniagaan dan hiburan yang terlahirnya status bintang atau selebriti, GHOST WRITER memang ramai dan mempunyai kepakaran di dalam bidang masing-masing. Mereka tidak memerlukan nama dan kiranya bijak, seseorang penulis hantu ini mendapat bayaran yang lumayan. Di dunia sebelah sana lah. Di sini, rasanya masih terikat dengan ‘kekangan bajet.’
*
KETIGA: Saya turut menerangkan apa itu GHOST WRITER dan peranannya secara ringkas kepada mereka yang bertanyakan lewat FB Messenger. Masa tidak banyak untuk saya jelaskan perinciannya mengikut kefahaman saya di situ terutama tentang ‘expectation’ mereka apabila menulis sesebuah buku (bukan artikel pendek macam baca kat surat khabar yer!). Di dalam kepala mereka, rata-rata sekiranya mereka diberi tugas menulis BUKU, mereka akan terfikir namanya akan terpampang di atas muka depan (cover) buku tersebut. Hal ini sememangnya tidak akan terjadi kalau anda hanya GHOST WRITER. Lainlah kalau PENULIS BERSAMA akan CO-WRITER. Teruskan membaca…
*

SELAKU koordinator, tanggungjawab saya untuk pastikan buku ini ada nilai & sentimentalnya.

SELAKU koordinator, tanggungjawab saya untuk pastikan buku ini ada nilai & sentimentalnya.

KEEMPAT: Segelintir mereka seronok untuk bergelar penulis! Dunia saya memang seronok. Apatah lagi kalau menulis tentang orang lain, kita dapat mengetahui cerita seseorang tokoh (terutama kalau menulis biografi atau autobiografi) seperti mana yang saya dipertanggungjawabkan ke atas Seniman Negara, Datuk Ahmad Nawab dan Datuk Sheila Majid. Bagaimanapun jangan ghairah berlari di atas keseronokan kerana landasan utama seseorang penulis adalah tanggungjawabnya. Mereka perlu bertanggungjawab ke atas setiap butir kata yang dihasilkan menjadi ayat. Andai ada sifat tanggungjawab, insyaAllah maklumat atau mesej yang ingin disampaikan oleh tokoh itu tidak tergelincir.KELIMA: Nasib baik mereka belum bertanyakan saya tentang bayaran! Sepanjang pengiklanan Facebook itu, awal-awal lagi saya sudah jelaskan tentang ILMU yang boleh saya kongsikan dengan mereka yang dipilih oleh YUYA YUYA PUBLICATIONS untuk projek GHOST WRITER ini. Beberapa orang telah YUYA YUYA PUBLICATIONS pilih dan diserahkan kepada saya untuk berkongsi apa yang saya tahu mengenai tanggungjawab mereka sebagai GHOST WRITER. Terkejut juga, ada kalangan mereka yang sudah berpengalaman menulis tetapi ingin menambah pengetahuan untuk menyertai projek sulung YUYA YUYA PUBLICATIONS ini. Saya alu-alukan dan suka orang seperti ini yang membuka dada untuk membubuh ilmu baru.

*
YUYA YUYA PUBLICATIONS pada mulanya mensasarkan kepada bakat baru di dalam bidang penulisan atau mereka yang ingin mengembangkan potensi mereka di dalam dunia penulisan secara lebih serius. Syarikat penerbitan ini secara umumnya akan menerbit novel atau karya fiksyen tetapi mempunyai perancangan masa depan untuk mengeluarkan juga naskah-naskah bukan fiksyen, insyaAllah.
*
Menerusi projek ini, saya dipertanggungjawabkan untuk menerangkan kepada mereka yang terpilih tentang peranan GHOST WRITER itu sendiri. Saya akan berkongsi berdasarkan pengalaman saya sebagai orang suratkhabar dan penulis buku sebelum ini.
 *
Sebagai langkah pertama, mereka dikehendaki menghasilkan novel berdasarkan konsep cerita, plot, perwatakan serta penggunaan bahasa yang betul mengikut standard Bahasa Melayu kita berdasarkan ‘house style’ YUYA YUYA PUBLICATIONS itu sendiri. Bagaimanapun bahasa masih terkawal agar tidak dicemari. Saya sayang Bahasa Melayu! (Itu juga peranan dan tanggungjawab penulis).
 *guide-to-outsource-ghostwriter
Sebagai GHOST WRITER (untuk projek ini), mereka hanya perlu menyambung kata-kata menjadi ayat berdasarkan cerita yang diberi. Saya akan tetapkan jumlah perkataan untuk sesebuah novel dan di sinilah juga saya serta puak YUYA YUYA PUBLICATIONS akan membuat penilaian. Andai mereka menepati piawaian penerbitan ini dan boleh menulis sendiri tanpa banyak ‘tangan’ daripada YUYA YUYA PUBLICATIONS, mereka akan ditawarkan sebagai penulis tetap (berdasarkan tempoh kontrak) di syarikat ini.
 *
Bagaimanapun perlu pasakkan ke dalam otak, GHOST WRITER bukan hanya menyambung ayat! Seperti yang saya katakan tadi, TANGGUNGJAWAB! Anda perlulah memikulnya seiring anda setuju untuk menjadi penulis bayangan itu. Saya akan berkongsi bagaimana kita mampu ‘berangan’ atau berimaginasi tentang perjalanan kandungan sesebuah novel itu. InsyaAllah!
 *
Untuk menjadi penulis selebriti? InsyaAllah YUYA YUYA PUBLICATIONS boleh uruskan! Janji kerja mesti bagus dan mengikut kata serta menghormati ILMU!
 *
Untuk posting akan datang, saya akan menyambung mengenai APA ITU GHOST WRITER mengikut pemahaman saya.
 the_ghost_writer_poster
***Cuba tonton filem The Ghost Writer lakonan Pierce Brosnan dan Ewan McGregor arahan Roman Polanski untuk lebih faham! Selepas ini jangan takut pula nak teruskan hasrat anda untuk jadi penulis…. hahahaha!
1 Comments
  • Fauzan Ghazi

    Reply

    Gambarang yang sangat jelas daripada bacaan ini Tuan Abie. Terima kasih!

Leave a Comment