KETAGIH ‘PAKCIK’ SEJAK DARJAH 5

12763 Views 0 Comment

Ketika berusia tujuh tahun, dia sudah diajar tentang ‘barang dewasa’. Mungkin kurang mengerti apa-apa ketika itu, apatah lagi ‘tukang ajarnya’ seorang kenalan rapat ayahnya. Malah lelaki berusia 55 tahun itu bagaikan keluarga tempat mereka sesekali menumpang bantuan. Tiada syak wasangka buruk langsung, apatah lagi lelaki yang sudah punya lima anak tersebut berperawakan ‘ayah-ayah’ yang prihatin dengan anak-anak.

Selalu juga lelaki yang bernama J (bukan nama sebenar) mengambil dan menghantar F ke sekolah yang kebetulan anak lelakinya juga sebaya dan bersekolah sama dengan F. Ibu bapa F mengalu-alukan bantuan yang dihulur kerana kedua-duanya juga sibuk dengan urusan tujuh lagi anak mereka serta komitmen ayah mencari rezeki di sebuah kilang di pinggir kota Kuala Lumpur.

Rumah flet yang disewa mereka mempunyai tiga bilik untuk menampung 10 kepala. F menjadi antara mangsa kesempitan itu, lalu bergantung kasih kepada J yang dipanggilnya pakcik. Lama-kelamaan F semakin selesa dengan J yang membenarkan lelaki tua itu melakukan apa yang menjadi agenda utamanya di sebalik ‘bantuan’ yang diberikan.

F dinodai J bermula di darjah lima. Kata-kata manis dan pengalaman kelapa tua akhirnya melemahkan anak kecil itu sehingga seks di antara mereka bukan halangan lagi. F semakin ketagih dan saban minggu akan keluar rumah bertemu J. Ibu bapa F pula tidak mempedulikan anak dara suntinya keluar malam dan pada mereka, F hanyalah bertemu rakan-rakannya di bawah flet kos rendah tempat mereka tinggal.

F sudi berkongsi ceritanya agar dapat menjadi iktibar kepada orang lain.

F sudi berkongsi ceritanya agar dapat menjadi iktibar kepada orang lain.

Selalunya J membawa F di sebuah rumah tinggal. Hanya beralaskan tilam buruk, mereka melampiaskan nafsu. Pada F, lelaki penjual lemang di bazar Ramadan itu bagaikan pelindungnya. Dia dimanjakan dengan wang ringgit, dapat RM100 atau RM200 sudah cukup untuknya sebulan. Duit sebanyak itu takkan dia perolehi daripada bapanya.

Sejak menjejaki ke sekolah menengah, F sudah menunjukkan belangnya. Merokok, membuli dan menyertai kumpulan gengster di sekolah menjadi pegangannya. Pernah juga ibu memarahi akan sikapnya yang agak kasar sebagai seorang perempuan namun si ibu mendapat balasan dengan pukulan si anak.

Segalanya berlajak sehingga F berusia 15 tahun apabila salah seorang sepupu F menyedari ‘keliaran’ F. Dia melaporkan kepada ibu bapa F dan akhirnya semua terbongkar dengan pengakuan F. Mereka membuat laporan polis dan F dibawa oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk pemeriksaan kesihatan terutama berkaitan penyakit kelamin. J pula ditahan reman.

“J bukan sahaja pengedar dadah, dia juga suka main dengan pelacur. Sebab itu saya kena ‘check’ di hospital. Buat saringan HIV,” kata F ketika ditemui di Rumah Perlindungan Baitul Fiqh, Subang Jaya.

Si pemilik wajah hitam manis ini bagaikan tiada segan silu bercerita. Malah dia sendiri dengan rela hati memilih Baitul Fiqh sebagai persinggahan sementaranya untuk memperbaiki kesilapan lalu terutama tentang solat dan Quran. Merencanakan untuk berada selama tiga bulan di situ, F mengakui semakin tenang dengan dunia barunya.

“Tahun ini PT3 tetapi rasanya saya tak nak ambil lagi. Nak belajar di sini dulu,” katanya.

Menyesal? Katanya, tiada apa yang mahu disesalkan kerana semuanya sudah terjadi. Bagaikan wanita dewasa, kata F, sekarang masanya untuk dia fikirkan untuk membalas balik dosa-dosa yang pernah dilakukannya.

“Masa saya darjah satu, saya sudah ditunjukkan pakcik J video lucah. Memang tak tahu apa ketika itu tetapi kalau sudah sering sangat, saya semakin seronok. Daripada tengok, pakcik ajar pula apa yang ada dalam video itu.

“Saya ketagih seks. Walaupun sedang datang bulan, saya masih mencari J untuk seks. Kadang-kadang cemburu juga apabila mendapat tahu yang dia melanggani pelacur walaupun ada isteri di rumah,” ceritanya.

Nasibnya baik kerana tidak mengandung.

Menurutnya, dia lebih rela tinggal di rumah perlindungan tersebut. Walaupun akui rumahnya terlalu sempit untuk dikongsikan 10 orang tetapi F memilih untuk berkumpul sebumbung dengan beberapa wanita senasib kerana ingin kembali kepada agama yang tidak dipedulikannya selama ini.

Ketika ditemui, F baru seminggu di situ. Belum banyak ilmu agama yang diterokainya. Rumah Perlindungan berstatus NGO (bukan kerajaan) itu turut menyediakan pakar kaunseling serta ustaz untuk membimbing. Biarpun tiada dana khusus daripada pihak berwajib, rumah amal yang diusahakan oleh Puan Haliza Halim itu sudah berdiri selama 12 tahun menghulur tangan bagi menyelamatkan manusia yang terlanjur dan paling penting adalah menjaga maruah agama Islam.

**Gambar utama: Tiga penghuni Rumah Perlindungan Baitul Fiqh didedahkan dengan isi al-Quran.

0 Comments

Leave a Comment