MASUK SURATKHABAR

555 Views 1 Comment

SEPANJANG menjawat tugas sebagai orang suratkhabar bertahun-tahun usianya, sidang media atau press conference (PC) terlalu rapat dengan saya. Bukan hanya untuk gelanggang hiburan, malah apa sahaja yang berkaitan dengan berita yang ada news value termasuk di lapangan sukan, berita umum, jenayah, wanita, bisnes dan sebagainya. Namanya pun sudah ‘sidang media’, jadi ruang ini adalah untuk memberitahu dunia luar tentang apa yang sedang ‘happening’.

sifu-fb
Orang-orang bisnes terutama yang berstatus syarikat mega multinasional seperti Nestle, Celcom dan AirAsia (antaranya) tentunya gembira apabila berita tentang mereka masuk media. Apatah lagi jika mereka sedang melancarkan kempen atau produk baru. Selain untuk memberitahu tentang kewujudan apa yang mereka sedang lakukan, perkhabaran oleh media terutama media massa nasional, amat penting untuk penjenamaan mereka.
.
Mereka perlukan berita yang berterusan untuk memperkukuhkan branding mereka. Mereka sedar yang bukan mereka sahaja yang memonopoli sesebuah perniagaan. Rival atau pesaing mereka, baik yang baru mahupun lama, tetap akan memberi impak kepada perniagaan mereka. Oleh itu, penjenamaan ini penting untuk menunjukkan mereka selangkah ke hadapan daripada pesaing.
.
Bagaimanapun ramai juga kalangan usahawan muda dan baru pandai memegang duit ‘juta-juta’ tidak melihat kepentingan media massa sebagai medium menguatkan penjenamaan produk dan kredibiliti syarikat mereka. Tidak kurang yang merungut apabila tiada sales yang dicipta menerusi media massa tersebut sebagaimana mereka melakukannya menerusi pengiklanan Facebook atau medium media sosial yang lain.
.
14067894_289016541490541_1497512083742888939_oimg-20160930-wa0000fb_img_1475233032410
Saya akui sales penting. Namun sesetengahnya tidak sedar, kebangkitan jumlah sales menerusi media sosial sedikit sebanyak telah dibantu oleh media massa yang kini boleh digolongkan sebagai media konvensional. Mereka hanya ingin melihat pantas di dalam angka jualan tanpa mengira kesan jangka panjang sesebuah produk atau jenama mereka.
.
jamal4
Ketika saya diminta membantu beberapa teman usahawan untuk diperkenalkan kepada pihak media, terlebih dahulu perkara ini yang saya tekankan. Memang ada yang tidak faham, bertanya itu ini termasuk mahu menjadi cover, berapa muka surat yang diberi dan tajuk atau gambar mana yang dipilih. Sebagai media consultant, saya tiada jawapan untuk itu kerana pemilihan cover, cerita muka depan atau belakang, jumlah muka surat, gambar atau tajuk, semua itu adalah di bawah kawalan EDITOR. Saya harus respek tugas EDITOR kerana saya juga pernah duduk di kerusi itu.
.
Alhamdulillah akhirnya mereka mengerti (saya tidak akan bersetuju bekerjasama untuk mereka yang tidak mahu memahami, yang akhirnya cadangan saya adalah buat suratkhabar sendiri).
.
Gambar-gambar yang saya paparkan di sini adalah usahawan yang berjaya, memahami dan menghormati dunia kewartawanan dan mengerti peranan orang suratkhabar.  Saya senang bekerjasama dengan mereka!
.
chomel-1
Seronok macam mana pun masuk suratkhabar atau majalah atau televisyen, tetapi harus tahu peranan paparan berita tentang produk, syarikat atau personaliti di dalam media adalah untuk:
.
  1. Penjenamaan sesebuah produk atau individu
  2. Menunjukkan produk atau individu tersebut ada news value
  3. Mengukuhkan kredibiliti 
  4. Bergaul dengan rakan media (build contact)
.
Selepas keluar dalam media massa, kemudian tempek di dalam Facebook atau Instagram sebagai autoriti dan kredibiliti untuk membina TRUST kepada raving fan atau pengikut tegar serta bakal pembeli produk anda.
 .
**Press Conference dan press release pun tiada beza buat mereka!
1 Comments
  • Eaisyah Bmg

    Reply

    Yup betul.. paper adalah satu lg cabang tuk kite kembangkn bisnes kite . Trust me.. ia nya masih berkesan.. Alhamdulillah x sia2 suruh abie arrange kn semua.. begitu sempurna!!!
    .
    Sampai harini ni org masih dok pm di fb.. tanya pasal produk.. tq metro !! Tq zarina.. n of cozzz… tq ABIE ABDULLAH !!

Leave a Comment