MUKA MANDI BUNGA

238 Views 0 Comment

Kalau bersembang tentang produk penjagaan diri dan kecantikan, terlalu banyak yang kita temui dalam pasaran. Berlambak, baik yang jenama kaw-kaw harganya hinggalah yang dijual longgok. Tapi kalau bercakap harga murah, tahu sajalah kualiti tahap mana. Itu pilihan masing-masing, tanya poket belek dompet.

Lagipun bukan kita tidak pernah dengar cerita produk jaga kulit yang sering dirampas oleh pihak berkuasa sebab terlebih bahan terlarang di dalam kandungan produk. Selalunya berkaitan dengan bahan merkuri dan hydroquinone yang dikatakan berkuasa untuk mencerahkan kulit.

Selalunya orang yang pakai sebab tak yakin yang kulit gelap mereka sebenarnya ada karismatik cantik. Sayang sekali!

Semua mahu cepat, sedangkan perubahan pada kulit kita juga bukan selalunya berlaku dalam sekelip mata. Noda-noda hitam atau kulit wajah menjadi kusam bukan terjadi dalam sehari dua. Malah juga ia disebabkan pemakanan kita dan kamu… cukupkah minum air putih selama ini?
image2

Cuba jadi realistik. Memang kita perlukan produk penjagaan diri untuk bersih dan itu juga tuntutan dalam agama kerana kebersihan sebahagian daripada iman. Lagipun setiap kita punya karakter kulit tersendiri, jadi jangan cepat ‘envy’ atau cemburu dengan ‘kepantasan cantik’ orang lain. Bukannya kita tidak pernah dengar cerita kulit wajah terbakar, bertompok hitam, rosak dan sebagainya akibat penggunaan produk yang kononnya boleh merawat cepat dan memutih dalam tempoh kurang 7 hari.

Realistik di sini kerana karakter kulit kita dan di sini perlunya rawatan-rawatan yang lebih alami agar seiring dengan perkembangan sel kulit. Mengikut satu kajian, pertumbuhan semula sel baru kulit kita berlaku setiap 28 hari. Sekiranya ada kenyataan yang mengatakan kulit boleh bertukar warna (biasanya orang Malaysia nak putih kan) kurang dari tempoh itu, ia berkemungkinan besar ‘dibantu’ oleh bahan kimia lebih dos.

Saya kebetulan bertemu dengan seorang rakan yang sudah mengkaji kebaikan Infinence, lalu dia berkongsi cerita tentang pengalaman barunya bersama produk penjagaan kulit dari Perancis itu. Bukan berniat untuk menjual tetapi dalam usia yang semakin bertambah, kawan saya yang dikenali sebagai Abang Rey menyarankan saya mencuba. Saranan itu berdasarkan apa yang dia sendiri lalui.

Saya tertarik untuk kongsikan cerita ini di sini tentang produk yang berasaskan 5 ekstrak bunga seperti Mexican Poppy, Damas Rose, Tuber Rose, Four O’Clock Flower dan Bluebird Hibiscus yang menjadikan Infinence ini sebagai produk stemcell yang berasaskan tumbuhan aktif.

“Inilah yang uniknya Infinence. Tahu sajalah kita, dalam usia yang banyak ini, sudah macam-macam yang aku cuba untuk mengekalkan keremajaan kulit. Tetapi yang ini betul-betul buat kulit muka aku kembali bergetah. Ha ha ha!

“Tapi kena selalu rajin pakailah. Kena disiplin dan untungnya mereka yang masih muda, mereka boleh kekalkan kulit mereka atau melambatkan penuaan dengan adanya Infinence. Kalau aku tahu, dah lama aku akan pakai. Tapi teknologi ini baru masuk pasaran Malaysia tahun lepas dan kajian ini juga ditemui selepas kajian demi kajian dilakukan pakar bioteknologi Infinence.

“Apa-apapun belum terlambat untuk aku berseronok dengan penampilan baru ini,” katanya yang kini menjadi stokis aktif Infinence di Malaysia.
image4

Infinence yang boleh digunakan untuk lelaki dan wanita tampil dengan 5 produk jagaan diri iaitu pencuci muka Hydrating Duo Cleansing Mousse (120 gram), 24H Hydrating Toning Essence (120 gram), Intensive Triple Reviving Serum (30 gram), krim siang Essential Illuminating Day Cream (50 gram) dan krim malam Advance Overnight Regeneration Cream (50 gram).

Mahal? Tanya saya. Kata Abang Rey, 5 rangkaian produk ini memang ‘mahal’ dari segi nilai dan kebaikannya tetapi sangat berbaloi dari segi penggunaannya.

“Cuba kira! Macam pencuci muka, kos satu tiub RM119 yang boleh dipakai hingga 6 bulan. Kalau dikira-kira, setiap kali aku pakai cuma RM0.66 sen saja. Toner pula hanya RM0.94 sen sekali pakai dan paling mahal pun aku kira, cuma RM1.05 sen sekali pakai untuk serum.

“Jadi kau rasa mahal? Dan ini produk antarabangsa, dari Perancis. Mahal ker?” terang Abang Rey yang tengah mengumpul 10 orang saja untuk dia latih sebagai ejennya. Cuba kamu hubungi bekas Ketua Pramugara Penerbangan Malaysia ini. Nombor? +60122380892.

Memang betul kalau dikira, bukannya mahal sangat. Saya bukan mahu membandingkan dengan produk tempatan tetapi dengan cerita tentang merkuri dan bahan-bahan terlarang lain, membuatkan saya terfikir 10 kali semula.

0 Comments

Leave a Comment